Pelajar sawan selepas hisap vape di tandas sekolah | The Reporter

Pelajar sawan selepas hisap vape di tandas sekolah

Pelajar sekolah dibawa ke hospital selepas alami sawan akibat hisap vape.
Foto hiasan

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pelajar Tingkatan Tiga dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, selepas mengalami sawan dipercayai akibat menghisap vape ketika waktu peperiksaan di sekolahnya, pagi tadi.

Lapor Harian Metro, insiden berlaku sekitar jam 9.35 pagi ketika pelajar itu bersama dua rakannya keluar dari kelas tanpa kebenaran guru semasa menjawab ujian Bahasa Inggeris. Menurut Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Arifin, seorang guru mendapati pelajar terbabit dipapah masuk semula ke kelas dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mulut berbuih.

Guru bertugas segera memaklumkan kejadian kepada pentadbir sekolah sebelum menghubungi ambulans serta waris mangsa untuk tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati pelajar terbabit dipercayai menghisap vape di tandas sekolah kira-kira jam 9.30 pagi bersama dua rakannya. Namun jenis vape yang digunakan masih belum dikenal pasti,” katanya.

Menurutnya lagi, guru disiplin dan kaunselor sekolah telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan maklumat lanjut, manakala laporan awal turut dikemukakan kepada Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Related Posts