Pekerja maut, kilang kitar semula didakwa enggan bertanggungjawab & cuba tutup kes? - The Reporter

Pekerja maut, kilang kitar semula didakwa enggan bertanggungjawab & cuba tutup kes?

Sebuah kilang kitar semula di Bandar Mahkota, Banting, didakwa enggan bertanggungjawab atas kematian seorang pekerjanya.

Menurut sumber yang mendedahkan kejadian itu di Facebook malam tadi berkata, mangsa yang meninggal dunia itu mempunyai isteri yang sedang sarat mengandung anak pertama.

Ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di lantai atas (belting) dengan ketinggian 32 meter.

Semasa proses pembersihan, mangsa tersangkut di belting, tertarik lalu terjatuh dan meninggal di tempat kejadian.

Bagaimanapun pihak kilang didakwa enggan bertanggungjawab dan memaksa pekerja lain mengangkat serta memindahkan mangsa ke tempat lain untuk menutup kes itu dengan serta-merta. Mangsa kemudian dihantar ke hospital menggunakan van putih.

Jelas sumber yang sama, ada cerita yang mengatakan mangsa masih hidup semasa di hospital. Tetapi dia menafikan dakwaan tersebut yang dipercayai cubaan untuk menutup kes itu.

“Pihak kilang tidak mahu bertanggungjawab atas kemalangan yang berlaku dan menipu semata-mata untuk menjaga nama baik kilang mereka.

“Saya harap ada keadilan untuk arwah,” katanya.

Sumber: Facebook

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!