Peguam jelaskan faktor keselamatan punca Hidayah tolak pemberian secara tunai - The Reporter

Peguam jelaskan faktor keselamatan punca Hidayah tolak pemberian secara tunai

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Belum temui nokhtah penyelesaian, Hidayah yang merupakan kakak ipar kepada Ali Puteh dikatakan enggan menerima wang berjumlah RM75,000. Sebaliknya Hidayah meminta Ali menyerahkan wang tersebut dihadapan peguam.

Melalui satu perbualan telefon, peguam yang mewakili Hidayah meminta Ali untuk mengatur satu tarikh dan hadir ke pejabatnya bagi berbincang secara lanjut mengenai pembayaran.

Dalam pada itu, peguam Hidayah, Tuan Ibrahim menjelaskan dari segi undang-undang, penyerahan wang secara tunai tersebut tidak dikira salah, namun waktu dan lokasi yang dibuat tidak bersesuaian selain video dirakam secara siaran langsung.

“Apabila sejumlah wang yang besar dibawa ke rumah Hidayah pada waktu senja, dibuat secara live, jadi semua orang akan tahu pada malam tersebut sejumlah wang besar akan disimpan di rumah Hidayah.

“Jadi atas dasar itulah, atas faktor keselamatan kami berbincang dengan Ali meminta supaya wang tersebut dibawa ke firma guaman atau lebih mudah masukkan terus ke akaun bank.

“Ini semua faktor keselamatan,” katanya.

Tambahnya lagi, dia memahami keadaan anak guamnya yang memikirkan faktor soal keselamatan bukannya kerana faktor lain menolak pemberian wang secara tunai daripada Ali.

Sumber: hidayah_hamzahh

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!