Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang pegawai kanan sebuah kementerian direhatkan serta-merta susulan dakwaan salah laku yang dikaitkan dengannya.
Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, berkata tindakan itu diambil bagi membolehkan siasatan dijalankan segera terhadap tuduhan berkenaan.
“Saya mengambil maklum berkenaan satu kes tuduhan salah laku melibatkan pegawai kanan di sebuah kementerian.
“Oleh yang demikian, pegawai akan direhatkan serta-merta sementara siasatan salah laku dimulakan segera,” katanya.
Baca juga:
- Kerajaan sudah salur RM17 bilion kepada Sabah – PM
- 21 maut dalam tragedi bot karam Rohingya, operasi SAR diteruskan
- ‘Kalau lahirkan generasi ‘burung kakak tua’….- Asyraf Wajdi
Menurut Shamsul Azri, jika pegawai terbabit didapati bersalah, tindakan tatatertib akan diambil selaras dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pelanggaran tatakelola atau salah laku yang melibatkan penjawat awam.
Terdahulu, tular sebuah klip video di TikTok yang mendakwa seorang Ketua Setiausaha (KSU) sebuah kementerian ditahan bersama seorang wanita di sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu, Sabah, kerana disyaki terbabit dalam perbuatan tidak bermoral.
Sumber: Harian Metro








