Pecah rekod! Peminat Arsenal pesan menu Nasi Kandar Sulaiman RM218 - The Reporter

Pecah rekod! Peminat Arsenal pesan menu Nasi Kandar Sulaiman RM218

Baru-baru ini pelanggan dari Pulau Pinang telah memecahkan rekod memesan menu di Nasi Kandar Sulaiman dengan harga RM114.50, dengan mengalahkan rekod terdahulu pelanggan dari Kelantan yang berjumlah RM78.

Sangkaan pemilik, rekod ini akan kekal sehingga tahun depan, namun ternyata ada yang mendahului rekod tersebut.

Juga dari Pulau Pinang, lelaki ini mendahului carta dengan memesan sehingga RM200.

“RM218. Pecah rekod. All time biggest record. Seorang makan sampai RM200. Fuhh saya sendiri tak sangka. First orang masuk RM200. Amat-amat dahsyat. Unexpected, orang Penang,” tulisnya.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsikan, kelihatan beberapa ekor sotong memenuhi pinggan makanan.

Bagaimanapun, pemilik restoran menafikan tindakan tersebut bagi tujuan promosi sebaliknya perkara tersebut berlaku di luar jangkaan.

“Semua yang kita post dalam page kita ini adalah yang tidak rancang. Semua jadi secara kebetulan kita pun ambil dan post. Tapi alhamdulilah dengan izin Allah banyak post kita telah tular di banyak tempat.

“Dalam hidup kita ini pun sama juga, kadang-kadang ada benda kita merancang tetapi tidak jadi. Mungkin ada hikmah hanya Allah ja tahu sebab apa tidak jadi. Selalunya benda yang kita tidak merancang yang akan jadi dan akan membawa kebaikan kepada kita dan pasti ada hikmah,” tulisnya.

Sumber: Nasi Kandar Sulaiman

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!