PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini | The Reporter

PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini

Sumber Gambar : Astro Awani

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Perkembangan kes pembunuhan Nur Farah Kartini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan memaklumkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) akan digerakkan ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.

“Kita akan cari telefon pintar miliknya (mangsa) serta rantai dan beberapa barang lain lagi yang dipercayai boleh dijadikan bahan bukti dan menjadi petunjuk kes,” katanya.

Terdahulu, Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang Rabu lepas ditemukan mati di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada jam 6 petang.

Berita kematian mangsa sudah pastinya mengejutkan ramai pihak apatah lagi dalam kalangan keluarga dan rakan terdekat.

Mangsa yang berasal dari Miri, Sarawak merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan bekerja dengan sebuah syarikat kereta sewa di Tanjung Malim, Perak, dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan.

Sebelum itu, seorang anggota polis berpangkat lans koperal berusia 26 tahun direman seminggu bermula hari ini untuk membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini.

Sumber: Bernama

Related Posts