Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan dilaksanakan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras tidak sihat iaitu 201 ke atas di sesuatu kawasan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelaksanaan PdPR merupakan antara langkah di bawah pelan tindakan kecemasan bagi menghadapi jerebu demi melindungi keselamatan serta kesihatan murid dan warga sekolah.
“Garis panduan kita jelas. Jika bacaan IPU melebihi 100, semua aktiviti luar dilarang. Sekiranya IPU melebihi 200, PdPR akan dilaksanakan.
“Maknanya, murid-murid akan mengikuti pembelajaran secara dalam talian dari rumah,” katanya.
Fadhlina turut memaklumkan bahawa Ketua Pengarah Pendidikan telah mengeluarkan arahan serta penjelasan kepada semua Pengarah Pendidikan Negeri agar mengambil tindakan segera berdasarkan bacaan IPU setempat.
Baca juga:
- Rafizi Ramli desak keputusan segera, sedia dipecat jika langgar perlembagaan parti
- Kanak-kanak lelaki lemas, jatuh dalam Terusan Sungai Dua di Bertam
- ‘Indonesia antara negara paling selamat jika Perang Dunia III berlaku’ – Prabowo
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengesahkan fenomena jerebu rentas sempadan kini sedang melanda beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia.
Menerusi kenyataan tersebut, analisis imej satelit NOAA-20 yang diperoleh pada 18 Julai 2025 mendapati sebanyak 79 titik panas dikesan di kawasan Sumatera. Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (Asean Specialized Meteorological Centre, ASMC) melaporkan bahawa keadaan ini berkemungkinan besar menjadi punca utama kepada fenomena berjerebu yang sedang berlaku, dibawa oleh tiupan angin barat daya.
Sumber: Kosmo, MET Malaysia








