Pasukan robotik murid Orang Asli raih pingat emas di Busan - The Reporter

Pasukan robotik murid Orang Asli raih pingat emas di Busan

Sumber Gambar: FB PPD Pekan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Membanggakan! Murid SK Permatang Keledang Pekan, Pahang telah dinobatkan sebagai juara dalam kategori Robotik Inovasi Sekolah Rendah (10-13 tahun)/ Creative Category (Technic) – Junior dalam pertandingan 26th International Robot Olympiad 2024/2025 yang berlangsung di Busan, Korea Selatan.

Kejayaan tersebut juga sekaligus melayakkkan mereka meraih emas bagi kategori tersebut.

Pencapaian cemerlang murid orang asli ini juga dikongsikan oleh PPD Pekan dan juga Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi hantaran di Facebook.

Menurut PPD Pekan, kejayaan mereka bukan sahaja kerana bakat tetapi usaha dan komitmen yang berterusan dari tenaga pengajar.

“Kejayaan ini bukan sahaja menunjukkan bakat dan kemampuan murid-muridnya, tetapi juga usaha gigih dan komitmen tenaga pengajar dalam mengasah kemahiran sains dan teknologi.

“Pencapaian ini sangat membanggakan dan mengangkat nama sekolah serta negara di pentas antarabangsa,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek telah meluangkan masa semasa sesi pelepasan pasukan robotic murid orang asli ke Korea Selatan.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!