Pasangan doktor mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat | The Reporter

Pasangan doktor mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat

Pasangan doktor yang ditangkap khalwat Julai lalu di Melaka.
Gambar: Sinar Harian

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pasangan doktor masing-masing berusia 26 tahun didenda RM2,600 dan RM1,800 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berkhalwat di sebuah rumah di Taman Semabok Perdana, pada Julai lalu.

Hakim Kanan Syarie Abu Bakar Mohd Daud menjatuhkan hukuman selepas meneliti fakta kes, rayuan kedua-dua tertuduh dan hujahan pendakwaan. Mahkamah turut memerintahkan mereka dipenjara tiga bulan sekiranya gagal melangsaikan denda.

Pada 29 Julai lalu, jam 3.37 petang, Abdul Hakim Abdul Rahman didapati berkurung bersama pasangannya, Nur Arifah Adlina Azman, di sebuah rumah di Semabok.

Dalam serbuan kira-kira jam 3.25 petang itu, kedua-duanya yang masing-masing berusia 30-an, dipercayai cuba bersembunyi di dalam rumah berkenaan bagi mengelak daripada dicekup.

Pasangan terbabit pada mulanya enggan memberikan kerjasama ketika kehadiran imam masjid, anggota polis dan beberapa penduduk taman. Selepas hampir 20 minit menunggu, pasangan itu akhirnya membuka pintu selepas sepasukan penguat kuasa tiba.

Baca juga:

Abdul Hakim didakwa mengikut Seksyen 53(1) Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, manakala Nur Arifah di bawah Seksyen 53(2) enakmen sama. Kesalahan itu memperuntukkan denda maksimum RM3,000 bagi lelaki dan RM2,000 bagi wanita, atau penjara sehingga 24 bulan.

Rayuan dan hujahan

Abdul Hakim merayu dikenakan hukuman ringan kerana tekanan dialami serta menyatakan pasangan itu bakal berkahwin tidak lama lagi. Nur Arifah turut merayu dengan alasan insaf dan tertekan kerana ini adalah kesalahan pertamanya sebagai penjawat awam.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman tegas kerana perbuatan tersebut adalah dosa besar serta serius.

Sumber: Sinar Harian

Related Posts