Parking kereta di depan rumah sendiri atau jiran adalah satu kesalahan dan boleh dikompaun RM2,000 - The Reporter

Parking kereta di depan rumah sendiri atau jiran adalah satu kesalahan dan boleh dikompaun RM2,000

Gambar hiasan | Google Images

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pemilik rumah atau jiran dilarang meletak kenderaan di hadapan rumah masing-masing. Mana-mana individu yang ingkar dengan larangan itu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dalam satu kenyataan berkata, larangan itu dikuatkuasakan sejak 2 Oktober lalu susulan pihaknya menerima banyak aduan dari pemilik rumah yang mendakwa jiran kerap kali meletak kenderaan di hadapan rumah mereka.

Hal itu menyebabkan laluan keluar masuk terhalang, selain mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan penduduk.

“MBGP kerap menerima aduan awam berkenaan masalah kejiran yang melibatkan kenderaan persendirian yang diletakkan di hadapan rumah (luar pagar) sama ada di kawasan rumah pemilik atau jiran di sekitarnya”.

Individu yang didapati berbuat demikian boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Seksyen 49 (1)(g) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Undang-undang kecil 3(n), Undang-undang Kecil Vandalisme (MBPG) 2011 dan Perintah 17 (1) dan 17 (2) perintah lalu lintas jalan (peruntukan mengenai tempat meletak kenderaan) Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang 2011.

Tindakan kompaun akan dikenakan di bawah undang-undang kecil kompaun kesalahan di bawah Akta Kerajaan Tempatan (MBPG) 2010 sebanyak RM500 dan di bawah undang-undang kecil jalan, parit dan bangunan dengan kadar maksima RM2,000.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!