Paris 2024 Sukan Olimpik terakhir, Azizulhasni serah baton pada Shah Firdaus | The Reporter

Paris 2024 Sukan Olimpik terakhir, Azizulhasni serah baton pada Shah Firdaus

Sumber Gambar: Azizulhasni Awang

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


‘The Pocket Rocketman’ Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang memaklumkan khabar sukar diterima oleh peminat berbasikal negara apabila menyatakan beliau mungkin tidak akan meneruskan tempoh empat tahun lagi ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Katanya, dia sudah berjanji pada keluarganya Paris 2024 akan menjadi sukan Olimpik terakhirnya selepas menjalani pembedahan jantung terbuka pada April 2022.

Walaupun beliau boleh terus bersaing hingga LA28 dengan menjaga tubuh badannya dengan baik, beliau merasakan keperluan untuk berehat selepas menghadapi tekanan dan cabaran dalam sukan itu selama hampir dua dekad dan ingin menyerahkan baton kepada generasi seterusnya.

“Walaupun akan berusia 40 tahun, jika menjaga badan dengan baik, saya tahu pelan tindakan, apa yang perlu dilakukan, memang susah, tapi saya boleh lakukannya.

“Tapi selepas pembedahan jantung, ibu, isteri, dan anak-anak saya memaksa saya untuk bersara dan saya sudah berjanji Paris adalah Sukan Olimpik terakhir saya.

Dalam pada itu, Azizulhasni turut memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia kerana menghampakan harapan mereka untuk meraih pingat emas sulung.

“Rakyat Malaysia memang sedih, kecewa, ada yang mungkin marah, saya faham tapi bayangkan saya. tentang diri saya. Jika rakyat Malaysia mahukan emas, bayangkan saya, saya mahukannya mungkin seribu, sejuta kali ganda.

“Saya yang bekerja keras, mewakili Malaysia selama bertahun-tahun, bekerja keras untuk melayakkan diri dan persiapan semua dengan kesukaran yang kami lalui. Tetapi ini adalah sebahagian daripada sukan,” katanya.

Menerusi hantaran di media sosial, dia turut memberikan kata-kata semangat buat Shah Firdaus dan percaya Shah mampu beraksi dengan lebih cemerlang pada LA28 nanti. Di akhir hantaran itu juga, beliau menyatakan telah menyerahkan baton pada Shah untuk meneruskan perjuangan sukan tersebut.

Sumber: Sinar Harian, Azizulhasni Awang

Related Posts