Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pangsapuri Idaman Bandar Saujana Putra (BSP), sebuah projek perumahan yang baru siap dibina, kini menjadi bualan hangat di media sosial. Rekaan unik pangsapuri ini, termasuk isu jarak antara tempat letak kereta dan kediaman, telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
Menurut hantaran Facebook oleh Izwan Latiff, rumah ini boleh dilihat dengan jelas dari Lebuhraya Elite. Dengan keluasan 1022 kaki persegi, unit ini ditawarkan pada harga RM234,000, namun dikatakan bernilai sekitar RM300,000 di pasaran.
“Kalau jenis yang kejar 10,000 langkah sehari, memang sesuai duduk sini. Ulang alik parking ke rumah pun boleh capai 20% target langkah harian,” tulis Izwan, mengulas situasi tempat letak kereta yang terletak agak jauh dari unit kediaman.
Dalam pada itu, Izwan juga mempersoalkan keputusan reka bentuk pemaju, “Kenapa buat design begini? Adakah kerana syarat pihak berkuasa tempatan atau faktor tanah memanjang?” soalnya.
Difahamkan, unit pangsapuri ini ditawarkan pada harga RM288,000 dengan keluasan 1022 kaki persegi. Pembeli dikatakan akan menerima pelbagai kemudahan termasuk:
- 3 penghawa dingin
- 3 pemanas air
- Televisyen
- Peti ais
- Almari TV
- Kabinet dapur terbina
- Pemadam api
- 2 lot parkir (1 berbumbung, 1 tidak berbumbung)
- Kad akses
- Almari baju terbina di setiap bilik
Bagi sesetengah netizen, tawaran ini dianggap sangat berbaloi berdasarkan kelengkapan yang disediakan.
Netizen lain turut berkongsi pengalaman dan pandangan mereka. Ada yang melihat jarak tempat letak kereta ini sebagai cabaran harian.
“Rumah saya level 9, parking tak jauh pun dari lif. Parking atas pun tak jauh,” kata seorang pengguna bernama Nik Nik.
Namun, tidak semua pandangan negatif. Seorang pengguna, Muhammad Zulfika, berkata, “Kalau aku dapat rumah macam ni pun dah bersyukur. Dapat aircond 3 biji siap-siap, masuk rumah tak payah fikir apa dah.”
Sumber: Facebook Izwan Latiff








