Pandang Pertama: vivo V29 Tampil Dengan Aura Portrait 2.0, Warna Starry Purple Menawan - The Reporter

Pandang Pertama: vivo V29 Tampil Dengan Aura Portrait 2.0, Warna Starry Purple Menawan

vivo kembali lagi dengan memperkenalkan smartphone kelas pertengahan vivo V29. Apa beza model ni dengan model terdahulu? Apa kelebihan vivo V29 yang korang kena tahu sebelum beli? Jom kami kongsikan.

Kemasan luaran penuh estetika

Tampil dengan warna Starry Purple, vivo V29 ini mengambil inspirasi daripada Bima Sakti. Kalau betul-betul perhatikan, seakan ada aliran sungai angkasa raya yang berpantulan antara satu sama lain. Luar biasa!

Warna ungu pastel dengan perincian berkilau menjadikan smartphone ini sebagai pernyataan fesyen dengan fungsi. Seakan seluruh ruang angkasa berada di genggaman! Selain Starry Purple, model ini juga turut tersedia dalam warna Noble Black yang elegan.

Didatangkan dengan skrin lengkung ultra-nipis, model ini hanya seberat 186g dan berketebalan 7.46mm. Ringkasnya, cukup sleek dan polished untuk dipegang dan digunakan seharian.

Aura Portrait 2.0, untuk foto sempurna walaupun kurang cahaya

Siri V dari vivo ini komited untuk menjadi ‘Smartphone terbaik bagi potret’. 3 kamera belakang model ini dengan kamera utama 50MP serta f/1.88 optical image stabilization (OIS) menjadikan model ini sebab utama untuk dipilih.

Dengan rekaan nipis dan komponen photo-sensitif siri V ini mampu membekalkan cahaya yang cukup bagi menghasilkan foto berkualiti.

Kombinasi Aura Portrait 2.0 dengan Smart Color Temperature Adjustment, vivo V29 berkebolehan menghasilkan potret tahap flagship, terutamanya di waktu malam.

Dengan fungsi Aura Light 2.0 ini, gambar potret dihasilkan ternyata lebih jelas. Gambar potret 36% lebih terang dengan flash yang memancar 9 kali ganda lebih berbanding flash biasa.

Aura Light yang terbesar dalam siri ini menghasilkan efek pencahayaan 3 dimensi yang memberikan cahaya sekata walaupun dari sudut berbeza. Hasilnya bayang pada muka atau bahagian gelap lain tidak kelihatan dalam foto.

Cas penuh kurang sejam!

Selain dari segi faktor luaran, kamera menghasilkan visual mengagumkan, antara ciri penting yang menjadi penentu pemilihan smartphone adalah ketahanan baterinya.

Pengecasan pantas 80W dan bateri berkapasiti 4600mAh, hanya memerlukan 18 minit untuk dicas 50% dan dicas penuh dalam kurang 1 jam! Tak perlu ambil masa lama untuk mengecas dan menggunakannya seharian.

Penggunaan yang lama berpotensi menyebabkan mata menjadi letih. Untuk mengurangkan risiko ini, spesifikasi hardware yang efisien yang meminimumkan cahaya biru bagi memastikan keselesaan mata berpanjangan dengan penggunaan.

Bagi kaki gamer, kadar segar semula 120Hz menjamin visual mengasyikkan ketika gaming. Paparan AMOLED 1.5K, 6.78 inci Full High Definition dan skrin lengkung 3D pula membawakan pengalaman tontonan seakan dalam panggung dan dalam masa sama memberi perlindungan mata.

Dapatkan vivo V29 korang sekarang vivo Malaysia eStore atau kedai rasmi mereka di Shopee, Lazada dan TikTok. Paling best, siap dapat hadiah bernilai RM995 termasuk perlindungan skrin setahun, waranti 1+1, cover case dan sepasang earbuds TWS. Untung tu!

Pra-tempahan di vivo Concept Store akan menerima upgred storan percuma di store terlibat iaitu di Pavilion KL, KL East Mall, KL Mid Valley, Sunway Pyramid, Gurney Plaza dan Johor Mid Valley Southkey.

Dapatkan info lanjut di website vivo Malaysia dan ikuti mereka di Facebook dan Instagram.

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!