'Pakaian seragam 2 hari, baju sukan 2 hari & sehari bagi pemakaian seragam kokurikulum' - KPM tetapkan pemakaian baju sekolah bagi sesi 2024/2025 - The Reporter

‘Pakaian seragam 2 hari, baju sukan 2 hari & sehari bagi pemakaian seragam kokurikulum’ – KPM tetapkan pemakaian baju sekolah bagi sesi 2024/2025

Sumber gambar: Kosmo! Online

Ibu bapa boleh menarik nafas lega apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menetapkan pakaian seragam sekolah selama dua hari bagi setiap minggu bagi sesi persekolahan 2024/2025.

Menterinya, Fadhlina Sidek menyatakan pemakaian baju sukan juga dibenarkan selama dua hari manakala sehari lagi ditetapkan untuk pemakaian seragam kokurikulum.

Dalam pada itu Fadhlina menerusi Amanat Tahun Baharu 2024 berkata, pihaknya akan memaklumkan surat pekeliling mengenainya.

Menurutnya, ketetapan itu diputuskan selepas sesi libat urus bersama industri pendidikan dan komuniti dilakukan KPM.

Katanya lagi, sekolah akan diberikan kuasa autonomi untuk menentukan hari pemakaian seragam, baju sukan dan kokurikulum.

Makluman itu juga katanya akan diperincikan melalui surat bagi memudahkan ibu bapa membuat persiapan awal sesi persekolahan.

Terdahulu, KPM telah memberikan kelonggaran pemakaian baju sukan tahun lalu ekoran cuaca panas yang melanda negara bagi tujuan keselesaan murid dan warga KPM serta mengelakkan komplikasi kepada kesihatan.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!