Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Walaupun sudah mempunyai banyak koleksi pakaian, pakaian baru tetap dibeli untuk disesuaikan dengan apa-apa majlis atau perayaan.
Begitu juga dengan alat pekakasan dapur. Seringkali wanita mengeluh apabila alat-alat dapur tidak cukup digunakan untuk memasak sedangkan alatan dapur yang lama masih boleh digunakan.
Mungkin kedengaran situasi ini dilihat sebagai lumrah wanita yang mahukan sesuatu yang cantik dan baru sahaja, tetapi seorang pendakwah Ustaz Pahrol Mohamad Juoi menyatakan kesemua barangan tersebut akan dihisab jika tidak digunakan dalam masa 40 hari.
“Kalau ada pakaian yang dah tak dipakai 40 hari, jangan simpan. Nanti hisab 40 hari. 40 hari tak pakai ertinya kita tak perlukan tu apatah lagi periuk-periuk.
“Benda baru datang, beli. Periuk dulu disimpan, semua benda tu dihisab. Kalau benda tu 40 hari tak pakai, carilah tempat pakai. Bagilah supaya kita tukar periuk tu jadi pahala,” katanya.
Ustaz Pahrol turut menekankan kepentingan menjadikan reda Allah itu sebagai matlamat bukan alatan yang dipegang.
“Dunia ni sebagai alat, reda Allah tu sebagai matlamat. Di dunia letakkan di tangan dan akhirat itu di hati. Bila dunia di tangan, kita boleh berbagi-bagi, akhirat kita simpan di hati.
“Biarlah apa sahaja di tangan kita menjadi alat bukan matlamat,” katanya.
Sumber: TikTok