Jenama perap popular, Pak Mat Western (PMW) tampil dengan tiga inisiatif istimewa sebagai tanda penghargaan buat rakyat Malaysia, khususnya para pelanggan setia yang sentiasa menyokong produk tempatan.
Menariknya, pengumuman yang dibuat menerusi hantaran di Facebook itu mendapat perhatian ramai apabila ia disampaikan dengan lengkap tarikh dan lokasi, berbeza dengan pendekatan sesetengah pihak yang gemar membuat ‘teaser’ tanpa butiran lanjut.
Antara inisiatif yang bakal dilaksanakan adalah bantuan untuk 200 keluarga asnaf pada 22 Julai, promosi kambing tiga pek RM89.90 yang akan diadaka di Stadium Kota Bharu pada 22 Julai.
Selain itu pasukan PMW akan mengadakan jelajah road tour di Mydin Gong Badak, Kuala Terengganu pada 23 hingga 27 Julai.
Baca juga:
- Kanak-kanak tujuh tahun parah diserang anjing liar ketika bermain
- Lima rakyat Malaysia ditahan di Jepun, seludup kokain RM3.2 juta dalam kasut
- Menteri Agama puji Jep Sepahtu, sifatkan inspirasi kepada golongan asnaf
Pengumuman yang dibuat ini turut mengundang pelbagai reaksi di media sosial apabila ia dilihat seakan ‘mencuri tumpuan’ daripada hantaran teaser Perdana Menteri yang sebelum ini mengumumkan penghargaan akan datang untuk rakyat.
Namun, ramai yang memuji pendekatan PMW yang bersifat telus dan tidak membiarkan pelanggan ‘menunggu dalam teka-teki’.
“PMW jugak steady terus bagi tarikh,” kata salah seorang pengguna Facebook.








