Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Tindakan penghuni Flat Seksyen 2 Wangsa Maju yang memasang jeriji sehingga menghalang laluan pejalan kaki mendatangkan kemarahan penduduk.
Penduduk juga telah bertindak menconteng di dinding luar kediaman terbabit dan menularkan tindakan penghuni.
Susulan itu, arahan telah dikeluarkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada penghuni untuk membuka jeriji, namun penghuni tersebut dikatakan tidak berbuat demikian.

Menurut pengurus bangunan, sekiranya penduduk tidak membukanya, pihak DBKL akan bertindak membuka jeriji berkenaan.
Katanya lagi, penduduk memberikan alasan pemasangan jeriji berkenaan kerana bimbang keselamatan mereka berikutan terdapat kes pecah rumah dan mengintai.


Walaupun begitu, penduduk yang terbabit juga dikatakan mengambil langkah membuat laporan polis kerana bimbangkan keselamatan mereka.
“Dahulu pernah ada kejadian memecah rumah dan juga mengintai. Sebagai langkah keselamatan penduduk di blok tersebut memasang jeriji,” katanya.
Sumber: Berita Harian