Nora mengaku dipaksa bercerai dengan bekas suami | The Reporter

Nora mengaku dipaksa bercerai dengan bekas suami

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengakui perceraiannya dengan bekas suaminya, Dr Rushi Ramli, berlaku secara paksaan. Nora pada Ogos lalu turut memuat naik video Dr Rushdi melafazkan cerai terhadapnya.

Menurut Nora, sebelum itu mereka baru sahaja selesai solat Subuh bersama dan tidak lama selepas itu Dr Rushdi menerima panggilan telefon yang meminta dia menceraikan Nora.

“Saya sangat terkejut dan tertanya-tanya apa salah saya waktu itu. Namun, saya tahu siapa yang memberi arahan itu,” kata Nora.

Walaupun Nora enggan mendedahkan nama individu tersebut, beliau telah memohon maaf kepada pihak yang terlibat atas tindakan memuat naik video perceraian di media sosial sehingga menimbulkan masalah yang tidak diingini.

Nora juga menjelaskan hubungannya dengan bekas suami juga baik-baik saja.

Nora dan Dr. Rushdi mendirikan rumah tangga pada tahun 2021. Namun pada 12 Ogos lalu, Nora memuat naik video beliau diceraikan bekas suaminya dengan talak satu, di Instagram.

Sumber: Harian Metro

Related Posts