'Nipis macam sticker' - Tular gambar keadaan jalan raya di Kota Marudu | The Reporter

‘Nipis macam sticker’ – Tular gambar keadaan jalan raya di Kota Marudu

Keadaan Jalan Kampung Sungoi di Kota Marudu yang rosak teruk selepas banjir akibat permukaan jalan yang nipis.
Gambar: Thread Isla Cassie

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kualiti jalan raya di Sabah sekali lagi menjadi perhatian apabila keadaan Jalan Kampung Sungoi, Kota Marudu dilaporkan rosak teruk selepas kejadian banjir baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, seorang pengguna meluahkan rasa kecewa terhadap keadaan permukaan jalan yang disifatkan terlalu nipis sehingga mudah rosak apabila ditenggelami air. Keadaan itu menimbulkan persoalan mengenai tahap ketahanan serta mutu pembinaan jalan di kawasan berkenaan.

“Kualiti jalan d Sabah nipisnya. Jalan Kampung sungoi Kota Marudu selepas banjir,” katanya.

Keadaan jalan raya yang dikongsikan oleh Isla Cassie di Thread
Baca juga:

Kerosakan jalan tersebut dilihat bukan sahaja menyukarkan pergerakan harian, malah berpotensi membahayakan pengguna jalan raya, terutama penunggang motosikal dan kenderaan kecil.

“Kasihannya penduduk kampung situ dan orang awam yang guna jalan raya tu. Hati-hati semua,” kata netizen.

Menerui ruangan komen pada hantaran tular di media sosial pula mencetuskan desakan agar pihak berkuasa berkaitan mengambil tindakan segera, termasuk melakukan pembaikan menyeluruh dan memastikan pembinaan jalan yang lebih berkualiti khususnya di kawasan yang kerap dilanda banjir.

Netizen berharap isu ini tidak dipandang ringan memandangkan jalan kampung merupakan laluan utama bagi urusan harian, termasuk ke sekolah, tempat kerja dan mendapatkan bekalan keperluan asas.

Related Posts