'Nina adalah penjaga Musa yang sah' - Athirah dakwa telah dimanipulasi oleh Noh - The Reporter

‘Nina adalah penjaga Musa yang sah’ – Athirah dakwa telah dimanipulasi oleh Noh

Sumber gambar: Google Images, HibGlam

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Ibu kandung Musa, Wan Nuraisyah Athirah binti Wan Amizulkhidi, menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi Noh Salleh di mahkamah baru-baru ini.

Menurut Athirah, dia kecewa dengan Noh yang didakwanya telah mengeluarkan kenyataan yang berputar belit. Sedangkan dia tidak pernah memberikan keizinan kepada Noh untuk mengambil Musa yang ketika itu berada di bawah penjagaan Mizz Nina.

SD tidak sah

Athirah mendakwa dia telah dimanipulasi oleh Noh ketika dia diminta untuk menandatangani Statutory Declaration (SD) kerana Noh memaklumkan dia akan menjaga Musa semasa Mizz Nina berada di luar negara. Namun, Athirah merasa dirinya telah ditipu kerana dia menandatangani SD tersebut tanpa kehadiran Pesuruhjaya Sumpah.

“Semua kenyataan dia (Noh) tidak benar dan saya dimanipulasi olehnya. Ketika dia minta saya menandatangani Statutory Declaration (SD), dia mengatakan sekurang-kurangnya bila Nina ke luar negara, dia dapat menjaga Musa. Jadi saya fikir Nina sibuk dengan kerja, jadi saya izinkan dia menjaga Musa buat sementara.

“Disebabkan itu saya tandatangani SD (akuan berkanun) itu. Saya tandatangani SD itu di hadapan pekerjanya sahaja. Tiada orang lain. Tiada Pesuruhjaya Sumpah.

“Saya tak tahu sah atau tidak ketika itu. Kemudiannya saya diberitahu saya sepatutnya tandatangani SD itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Jadi SD itu tidak sah,” katanya.

Hak penjagaan sepenuhnya kepada Mizz Nina

Tambah Athirah, dia langsung tidak mengetahui perancangan Noh untuk mengambil Musa pada 19 Disember 2023.

Dalam pada itu, Athirah menegaskan dia hanya menyerahkan hak penjagaan Musa kepada Mizz Nina sejak dari awal.

Lebih teruk lagi, Athirah kesal apabila Noh mendedahkan nama penuhnya ketika vokalis kumpulan Hujan itu membuat permohonan maaf terhadapnya melalui Instagram.

“Saya juga tak tahu dia merancang untuk mengambil Musa dan sebagainya.

“Dari awal saya tandatangani surat penyerahan itu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah. Nina adalah penjaga Musa yang sah,” katanya.

Walaupun timbul dakwaan kononnya ibu kandung Musa telah dibayar oleh Mizz Nina untuk mengeluarkan kenyataan tidak menyebelahi Noh, Athirah menafikan dakwaan tersebut. Sebaliknya dia hanya tampil memberi kenyataan yang benar dan berharap agar Noh juga tampil berbuat perkara yang sama untuk menjernihkan keadaan.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!