'Nik Elin berusaha memastikan kes pesalah mencabar keabsahan undang-undang negeri tidak berulang' - ASRAT - The Reporter

‘Nik Elin berusaha memastikan kes pesalah mencabar keabsahan undang-undang negeri tidak berulang’ – ASRAT

Sumber gambar: Malay Mail

Keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya yang membatalkan 16 kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan semalam telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat.

Tetapi, Aspirasi Rakyat atau ASRAT menerusi kenyataannya di aplikasi X menjelaskan, keputusan itu tidak mengancam kedudukan Islam.

Kesilapan dalam Penggubalan dan Kedudukan Seksyen yang Dibatalkan

Menurut ASRAT, pada asasnya, Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk menggubal Enakmen Kanun Jenayah Syariah. Namun, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan telah melakukan kesilapan dalam penggubalan tersebut yang bercanggah dengan Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, Mahkamah Persekutuan terpaksa membatalkan seksyen-seksyen yang bercanggah tersebut untuk menjaga keluhuran Perlembagaan.

“16 seksyen yang dibatalkan itu, sudah terdapat dalam Kanun Keseksaan dan pesalah masih boleh didakwa. Cuma ia akan dibawa ke Mahkamah Sivil. Tidak timbul isu bahawa 16 kesalahan itu kini boleh dilakukan di Kelantan.”

Pertindihan Undang-undang dan Kes Iki Putra Mubarak

Keputusan Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan 16 seksyen tersebut adalah kerana berlaku pertindihan. Ini dapat dilihat dalam kes Iki Putra Mubarak melawan Kerajaan Negeri Selangor.

Bila pesalah mencabar keabsahan Badan Perundangan Negeri di bawah Perkara 4(3) dan Perkara 128(1) di Mahkamah Persekutuan, ia akan berpihak pada pesalah.

Nik Elin dan Tengku Yasmin telah memfailkan notis usul ini sejak 25 Mei 2022 dan pada 30 September 2022, notis usul cabaran ini telah dibenarkan oleh Mahkamah Persekutuan. Pada 13 Oktober 2022, Nik Elin juga telah memfailkan petisyen untuk dibicarakan.

Dakwaan yang mengatakan Kerajaan sekarang ini ingin mengurangkan kuasa Mahkamah Syariah adalah tidak berasas.

Nik Elin sebenarnya berusaha memastikan kes seperti Iki Putra Mubarak tidak akan berulang dimana pesalah mencabar keabsahan undang-undang Negeri.

Oleh itu, keputusan Mahkamah Persekutuan ini sebenarnya adalah langkah proaktif untuk memastikan keadilan dan ketepatan undang-undang.

Sumber: Aspirasi Rakyat

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!