Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Festival seram terbesar Malaysia, Nights of Fright® (NOF) kembali untuk edisi ke-11 bermula 26 September hingga 2 November 2025, setiap Jumaat hingga Ahad malam. Tahun ini, Puppetmaker tampil sebagai ikon baharu yang mengawal pentas, menghidupkan festival seram paling lama dan terbesar di rantau Asia Tenggara.
Sebelas tahun jadi fenomena
Sejak mula dianjurkan pada 2013, NOF telah menarik lebih sejuta pengunjung, menjadikannya acara Halloween berskala besar pertama dan paling berpengaruh di Malaysia. Festival ini kini diiktiraf sebagai penanda aras hiburan seram langsung, menggabungkan cerita rakyat tempatan dengan budaya horor global.

“Nights of Fright telah berkembang menjadi lebih daripada sekadar festival Halloween, ia kini menjadi pentas di mana budaya Malaysia bertemu horor antarabangsa, mencipta pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan.
“Apa yang membuat kami bangga ialah festival ini bukan sahaja memberi hiburan, tetapi juga memacu pelancongan, membangunkan bakat tempatan dan mengukuhkan kedudukan Sunway City Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi paling menarik di Asia,” kata Michelle Soong, Penolong Pengurus Besar Pemasaran & Pembangunan Perniagaan Sunway Theme Parks



Visi kreatif yang mencipta sejarah
Pengarah Kreatif NOF, Lynton V Harris, yang juga Pengasas dan CEO The Sudden Impact! Entertainment Company menambah, “Sejak awal lagi, Nights of Fright direka untuk lebih daripada sekadar ‘jump scare’. Ia tentang penceritaan, suasana dan mencipta dunia di mana folklore dan imaginasi bertembung.
“Sebelas tahun kemudian, kami memiliki tarikan paling berhantu di Asia Tenggara dan amat mengagumkan melihat visi ini berkembang menjadi festival yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga menjadi penanda aras hiburan seram langsung di rantau ini.”

Teroka dunia Puppetmaker
Tahun ini, pengunjung dijemput masuk ke dunia Puppetmaker yang dipenuhi boneka menyeramkan dan bayangan misteri. Antara tarikan baharu yang menanti:
- 8 Rumah Hantu: Karak – The Kampong Killers, Tiki Terror, The Puppetmaker, The Blind Box, Fortunes and Freaks, Horrorwood Studios, Legends of Horror, The Freezer 2: High Voltage!
- 1 Teater Seram: Scary Tales Theater dibintangi pelakon Malaysia Nadia Brian sebagai PontianAxe.
- 3 Zon Seram: Hantu Hell, Pontianak X Pocong, Horrorwood Boulevard: Slashers & Dolls.
- 11 Permainan Ekstrem & 3 Pentas Persembahan Langsung.
Tahun ini juga menampilkan tarikan eksklusif iaitu Blind Box, rumah hantu pertama seumpamanya di dunia yang memperkenalkan watak Hantutu – karakter menyeramkan namun unik, diinspirasikan daripada fenomena global koleksi mainan.


Pengalaman baharu eksklusif
Festival kali ini turut diserikan dengan kolaborasi bersama beberapa jenama terkenal:
- Libresse: Escape of Hantu Kum Kum, pengalaman escape room penuh debaran.
- Poh Kong: Villain Hitting, ritual budaya yang diberi sentuhan seram.
- Pop Mart: Kolaborasi pertama dengan taman tema, menawarkan sudut foto eksklusif untuk peminat.
Selain itu, pengunjung boleh menikmati makanan jalanan bertema seram, barangan eksklusif serta hiburan karnival sepanjang malam.
Tiket & maklumat
Harga tiket NOF11 adalah seperti berikut:
- RM128 – 1 tiket masuk + baucar popcorn misteri.
- RM226 – 1 tiket masuk + Express Pass + baucar popcorn misteri.
Tiket boleh dibeli melalui Sunway Super App, OTA dan laman rasmi sunwaylagoon.com