Niat mahu membantu, kedai Boss Spark diserbu jual baju sekolah 3 helai RM10 - The Reporter

Niat mahu membantu, kedai Boss Spark diserbu jual baju sekolah 3 helai RM10

Boss Spark

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ketika ini ibu bapa antara yang paling sibuk dalam menyediakan keperluan sekolah anak-anak apatah lagi cuti sekolah sudah hampir sampai ke penghujungnya.

Keluh kesah ibu bapa juga kedengaran apabila sesi baru waktu persekolahan hampir dengan sambutan bulan Ramadan dan juga Aidilfitri.

Sudah tentunya kos perbelanjaan yang tinggi diperlukan lebih-lebih jika mempunyai isi keluarga yang ramai.

Menyedari hakikat tersebut, seorang lelaki yang merupakan peniaga pakaian mengambil inisiatif menjual pakaian sekolah dengan harga yang murah.

Peniaga berkenaan yang dikenali sebagai Boss Spark menjual pakaian seragam sekolah pada harga RM10 bagi tiga helai pakaian. Barangan berkenaan juga katanya boleh dicampur-campur.

“Walaupun item-item berkenaan dijual dengan harga yang murah, tetapi pakaian-pakaian tu pakaian baru original dari kilang,” katanya.

Katanya dia tidak memikirkan kerugian, sebaliknya mahu membantu mereka yang tidak berkemampuan.

Lokasi kedai yang dimiliki Boss Spark terletak di jalan Utama Kampung Tok Kaya berhadapan dengan SK Pusat Chabang 3, Kuala Terengganu dan kedai beroperasi dari pukul 9.00 pagi hingga ke 11 malam.

Total
0
Shares
Total
0
Share