Nga Kor Ming tegaskan jangan ambil kesempatan naikkan harga rumah | The Reporter

Nga Kor Ming tegaskan jangan ambil kesempatan naikkan harga rumah

Nga Kor Ming memberi kenyataan mengenai harga rumah mampu milik dan subsidi bahan api semasa krisis Asia Barat.
Gambar: Facebook Nga Kor Ming.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berharap semua pemain industri sektor pembinaan tidak menjadikan ketegangan krisis di Asia Barat sebagai alasan untuk menaikkan harga, khususnya bagi projek perumahan mampu milik.

Beliau berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited memastikan harga rumah mampu milik kekal stabil meskipun berdepan peningkatan kos bahan binaan di pasaran global susulan konflik tersebut.

Menurutnya, krisis berkenaan yang memberi kesan kepada seluruh dunia termasuk Malaysia tidak wajar dijadikan peluang untuk menaikkan harga binaan.

Baca juga:

Tambah beliau, kerajaan ketika ini membelanjakan kira-kira RM4 bilion sebulan bagi subsidi bahan api termasuk untuk pengangkutan bahan binaan, sekali gus membantu mengekalkan kos operasi industri.

“Mereka masih lagi menerima (harga) subsidi setiap hari, yang mana harga bahan api mereka masih lagi jauh lebih rendah.

“Sebab itu berlandaskan kepada semangat kita teguh bersama, saya memohon semua pemain industri supaya sama-sama jangan ambil kesempatan.

“Ini kerana ia krisis dunia yang membawa musibah dan malapetaka kepada seluruh dunia dan sudah tentunya Malaysia tidak akan terkecuali daripada krisis global ini,” katanya.

Sehubungan itu, KPKT melalui Jabatan Perumahan Negara akan terus mencari langkah bagi memastikan kos bahan binaan kekal terkawal, sambil menggesa pemain industri agar tidak mengambil kesempatan dalam situasi krisis global ini.

Sumber: Harian Metro

Related Posts