Netizen pertikai harga aiskrim Suka Dessert RM18, pemilik akhirnya buka mulut! | The Reporter

Netizen pertikai harga aiskrim Suka Dessert RM18, pemilik akhirnya buka mulut!

Harga aiskrim Suka Dessert

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Suka Dessert, jenama pencuci mulut yang sering menjadi bualan ramai, kini memperkenalkan menu baharu yang diberi nama ‘3 Phase Ice-cream’. Menu ini mendapat perhatian netizen kerana harganya yang mencecah RM18.

Dalam video tular, pemiliknya, Aunty Ja, menjelaskan menu baharu Suka Dessert sering menjadi perhatian dan mencetuskan kontroversi di media sosial. Dan kali ini, beliau tampil memberikan penjelasan dan sebab di sebalik harga yang dianggap mahal bagi pencuci mulut tersebut.

Keistimewaan ‘3 Phase Ice-cream’

Menurut Aunty Ja, aiskrim ini bukan sekadar aiskrim biasa. Ia dihasilkan menggunakan aiskrim gelato yang terkenal dengan teksturnya yang lembut dan tidak berais.

“Aiskrim ni bukan aiskrim biasa. Saya menggunakan aiskrim gelato yang kita tak guna bahan artificial dan telur,” jelasnya.

https://twitter.com/mhmmdhsm/status/1867191178942402853

Selain itu, aiskrim ini juga mengandungi brownies buatan sendiri yang berkualiti tinggi.

“Di dalamnya dia ada brownies. Brownies ini bukannya diambil daripada lebihan mana-mana kek. Sampai ke hujung ada brownies, nampak?” katanya sambil menunjukkan isi dalam pencuci mulut tersebut.

Bukan itu sahaja, aiskrim ini turut mengandungi coklat premium yang diimport dari Switzerland atau Belgium, bergantung kepada stok semasa.

Berbaloi ke dengan harga RM18?

Nama ‘3 Phase Ice-cream’ ini merujuk kepada tiga elemen utama dalam pencuci mulut tersebut.

“Ada tiga elemen utama — aiskrim, melted coklat, dan brownies. Dan di atasnya pula, saya letak crunchy-crunchy untuk mengurangkan rasa muak,” katanya.

Dengan harga RM18, menu ini dianggap agak premium, tetapi Aunty Ja yakin ia berbaloi dengan bahan berkualiti yang digunakan.

Pelanggan boleh memilih antara dua perisa, vanila atau coklat Belgian, untuk bahagian aiskrimnya. Menu ini kini boleh didapati secara eksklusif di kafe Suka Dessert. Jadi, bagi mereka yang ingin mencuba ‘3 Phase Ice-cream,’ pastikan datang awal sebelum ia habis terjual.

Difahamkan menu ini disediakan segar setiap hari dan dijual dalam jumlah terhad. Ia hanya tersedia sebanyak 200 unit sehari, manakala pada hari cuti umum, jumlahnya ditingkatkan kepada 300 unit sahaja. – The Reporter

Related Posts