Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Akhir-akhir ini, isu nafkah menjadi perbincangan hangat susulan perceraian melibatkan pasangan selebriti, di mana si suami didakwa gagal memberikan nafkah yang sewajarnya kepada isteri dan anak-anak.
Kes ini telah menarik perhatian ramai, memandangkan perbahasan tentang tanggungjawab nafkah dalam perkahwinan sering kali menjadi topik sensitif dan relevan dalam masyarakat, khususnya apabila melibatkan personaliti awam.
Tak pernah bayar bil sejak kahwin
Baru-baru ini, Neelofa, seorang pelakon dan usahawan, menceritakan dalam satu podcast tentang cara suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, menguruskan nafkah dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemimpin keluarga.
Neelofa mendedahkan, semenjak mendirikan rumah tangga, dia tidak pernah menguruskan apa-apa bayaran bil, termasuk bil elektrik dan air.
“Bil rumah, sewa, air, api (elektrik), barang dapur apa semua ini, memang saya tidak pernah sentuh semenjak saya berkahwin. Sebab itu tanggungjawab dia untuk menyediakan rumah, tempat tinggal, makanan dan pakaian.
“Kadang-kadang saya pergi beli susu anak ke, beli barang nak masak ikan, ayam apa semua ke, dia tanya mana bil? Kalau kata saya tak minta dengan dia, atau dia nampak plastik di dapur, dia tanya ‘Awak pergi beli barang? Jangan buat macam ni. Bahagian ni, saya kena bayar’,” katanya.
Tanggungjawab suami beri layanan selesa kepada isteri
Jelasnya, seorang suami mengambil tanggungjawab menjaga isterinya yang sebelum ini berada di bawah perlindungan dan keselesaan bapanya. Oleh itu, suami perlu memastikan isteri terus menerima layanan yang sama seperti sebelumnya.
“Kenapa perempuan kena ikut suami, kenapa kena minta izin, kenapa kena hormat? Sebab dia kata, bila masa kita menjadi anak perempuan, tanggungjawab semua itu di atas ayah kita yang menyediakan semua benda.
“Dan kemudian lelaki ini akan datang mengambil kita (sebagai isteri) dan bawa duduk di bawah tanggungan dia, serumah, pakaian, makanan, perlindungan semua adalah di bawah tanggungjawab dia.
“Jadi, kita berhak memberi penghormatan kepada dia, untuk dia memimpin keluarga. Sebab itu kena tunduk pada suami. Walaupun begitu, jika suami sakit atau tidak mampu, semuanya atas persetujuan bersama,” ujarnya.
Situasi setiap rumah tangga itu berbeza
Ramai netizen khususnya golongan wanita bersetuju dengan pandangan Neelofa. Walau bagaimanapun, setiap pasangan suami isteri adalah berbeza situasi rumah tanggannya dan tidak seharusnya golongan isteri membandingkan suami mereka dengan suami pelakon berkenaan.
‘Tengok situasi masing-masing’

‘Wanita harus memilih’

‘Hebat didikan PU Riz’









