'Naratif perang dingin tak betul, saya tak tahu apa niatnya' - Fazura - The Reporter

‘Naratif perang dingin tak betul, saya tak tahu apa niatnya’ – Fazura

Pelakon terkenal Fazura memberi maklum balas kenyataan yang dikeluarkan oleh Neelofa mengenai dakwaan mengatakan konflik hubungan dingin mereka.

Fazura bagaimanapun berpendirian bahawa dia berhak memilih dengan siapa dia ingin berkawan. Beliau juga berkata naratif ‘perang dingan’ antaranya dengan individu berkenaan adalah tidak betul sama sekali.

“Naratif ‘perang dingin’ yang digembar-gemburkan adalah tidak betul dan saya tidak pasti apa niatnya.

“Sama juga seperti orang lain, saya berhak menentukan dengan siapa saya sesuai berkawan. Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi.

“Kini dengan izin suami, dengan siapa saya wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan,” katanya.

Dalam pada itu, hantaran di Instagram itu juga, Fazura memberikan maklum balas mengenai isu tular yang dimainkan oleh peminat tegar selebriti berkenaan dan mempersoalkan mengapa mengaitkan dirinya yang memulakan isu ini.

“Tiada niat untuk membuka aib sesiapa tetapi jika dibiarkan, perkara tidak betul yang akan tumbuh akan terus melata.

“Dalam saya sibuk menguruskan kehidupan sendiri serta keluarga dan rancangan kerjaya, muncul lagi anasir yang tidak jemu menangguk di air yang keruh.

“Tiada sebab dan tiada keuntungan untuk saya memulakan sesuatu yang tidak produktif. Banyak perkata lain yang saya perlu beri perhatian,” katanya.

Menerusi perkongsian status sama, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut menyertakan rakaman wawancara dirinya bersama media yang berlaku baru-baru ini.

“Sejujurnya, saya hanya menjawab soalan yang telah diajukan oleh wartawan. Jika tidak dijawab, ceritanya lain pula nanti,” ujarnya.

Sumber: missfazura

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!