Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang remaja lelaki telah ditahan polis selepas sebuah video yang menunjukkan dia melakukan aksi ‘wheelie’ ketika menunggang motosikal menjadi tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, Unit Risikan dan Operasi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Hilir Perak telah mengesan video tersebut dan siasatan mendapati remaja terbabit melakukan perbuatan berbahaya itu di KM 1 Jalan Changkat Jong
Polis kemudian menahan remaja berusia 15 tahun itu di pekarangan Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Teluk Intan pada petang kelmarin.
Kes ini sedang disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang melibatkan tindakan menunggang di atas jalan awam dengan cara berbahaya dan melulu.
Dalam pada itu, Ahmad Adnan menegaskan, pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelanggaran undang-undang yang melibatkan pemanduan atau menunggang hingga membahayakan nyawa.
Sumber: Harian Metro








