Murid melecur pada kulit akibat terkena Super Glue di sekolah - The Reporter

Murid melecur pada kulit akibat terkena Super Glue di sekolah

Murid melecur terkena Super Glue

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Seorang murid sekolah rendah, cedera pada lengan selepas terkena gam Super Glue yang diletakkan rakannya di atas meja kelas. Kejadian tersebut mengakibatkan luka bakar superficial atau ‘first degree burn’ pada lengan Afia dan memerlukan rawatan segera.

“Afia terpaksa mendapatkan rawatan menggunakan antibiotik dan perlu datang semula ke klinik untuk mencuci luka.

“Nasib baik dia pakai hand socks hari itu. Kalau tidak, luka mungkin akan jadi lebih teruk,” kata ibunya, Husna Adnan.

Super Glue mengandungi bahan kimia yang sangat kuat dan boleh menyebabkan luka bakar jika terkena pada kulit. Gam ini sering digunakan untuk pelbagai tujuan tetapi tidak sesuai untuk dijadikan bahan mainan, terutama di sekolah.

“Kalau anak tuan puan ada gam Super Glue seperti gambar di bawah, elak bawa ke sekolah tanpa keperluan. Beritahu yang gam sebegini bahaya jika terkena terus pada kulit. Jangan dibuat main,” ujarnya.

Husna memaklumkan ibu pelajar terbabit telah memohon maaf dan bersetuju untuk menanggung semua kos rawatan termasuk bil klinik serta ganti rugi pakaian yang rosak.

Sumber: Husna Adnan

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!