Mufti nasihat tunda konsert, Yayasan Nurjiwa respon konsert tetap diteruskan - 'Tak mampu tunda bantuan untuk saudara di Palestin' - The Reporter

Mufti nasihat tunda konsert, Yayasan Nurjiwa respon konsert tetap diteruskan – ‘Tak mampu tunda bantuan untuk saudara di Palestin’

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza dijadualkan berlangsung di Axiata Arena pada 9 Mac ini, selepas ditunda dari tarikh asalnya pada Julai 2023.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor, menasihatkan penyanyi Datuk Siti Nurhaliza menangguhkan penganjuran konsert itu ke tarikh lain, memandangkan umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 12 Mac 2024.

Masih ada masa ubah tarikh konsert

Menurut beliau, tindakan menganjur aktiviti hiburan menjelang bulan Ramadan dilihat seolah-olah melalaikan umat Islam daripada mengingati Allah.

“…adalah tidak elok mengadakan konsert di ambang bulan Ramadan. Sepatutnya umat Islam membuat persiapan rohani untuk menyambut ketibaan bulan yang mulia ini dengan membanyakkan zikir, membaca al-Quran, puasa sunat, sedekah dan sebagainya,” katanya.

Tambahnya, penyanyi itu masih mempunyai masa untuk mengubah tarikh konsert, bagi mengelakkan kontroversi yang mungkin timbul kerana ia dianjurkan pada masa yang tidak sesuai. Maka adalah lebih baik dianjurkan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Konsert perlu diteruskan

Bagaimanapun pertubuhan milik Siti Nurhaliza dan suaminya, Khalid Mohamad Jiwa iaitu Yayasan Nurjiwa dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berlapang dada menerima teguran itu.

Yayasan Nurjiwa sedar tarikh 9 Mac yang diberi itu menghampiri 1 Ramadan. Namun demi mencapai matlamat dan objektif utama penganjuran konsert iaitu untuk mengutip dana untuk menyalurkan bantuan kebajikan kepada golongan yang memerlukan, termasuk penduduk Palestin, maka konsert itu perlu diteruskan.

“Konsert tersebut bukan dianjurkan atas kepentingan perniagaan dan keuntungan, sebaliknya untuk mengutip dana bagi menampung lima kluster kerja-kerja kebajikan seperti kebajikan, kemanusiaan, keagamaan, pendidikan dan bantuan khas Palestin.

“Segala hasil kutipan tiket akan disalurkan ke lima kluster berkenaan.

“Bertitik tolak daripada matlamat itu juga, Yayasan Nurjiwa terfikir ada baiknya pementasan konsert diteruskan.

Tak mampu tunda bekalan untuk saudara di Palestin

“Penundaan konsert itu akan memberi implikasi yang besar pada banyak pihak khususnya. Bahkan sekiranya penundaan dibuat, maka dana yang sewajarnya tidak disalurkan dalam kadar segera kepada golongan yang sudah dikenal pasti sebagai penerima terutamanya mangsa perang di Palestin.

“Kita tidak mampu untuk menunda bekalan makanan dan bahan asas untuk saudara-saudara kita di Palestin,” kata kenyataan itu.

“Oleh itu, Yayasan Nurjiwa berpendapat ada baiknya konsert diteruskan demi mencari dana,” kata Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Sumber: Astro Awani, Yayasan Nurjiwa

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!