Minuman "Zero Sugar" Tak Sihat? Elak Minuman Ni Kalau Nak Ubah Gaya Hidup | The Reporter

Minuman “Zero Sugar” Tak Sihat? Elak Minuman Ni Kalau Nak Ubah Gaya Hidup

spritzer

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jujur cakap, siapa je kat Malaysia ni yang boleh lari daripada air manis? Makan nasi lemak, mesti nak teh ais. Pergi mamak, order maggi goreng confirm sekali dengan teh o suam. Kalau nak feeling ‘rare’ sikit, order air soda. Senang cerita, manis tu dah jadi sebahagian daripada gaya hidup kita.

Tapi cuba fikir balik, lepas kita enjoy semua tu, berapa ramai yang betul-betul kira kalori atau check kesihatan? Hakikatnya, statistik tak menipu 3.6 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes, dan lebih 53% rakyat Malaysia overweight atau obesiti. Maksudnya, lebih separuh daripada kita memang bawa extra “beban” dalam badan tanpa sedar.

Realiti Pahit Di Sebalik Minuman Manis

Tak dinafikan memang best dapat energy bila minum air manis, tapi kesannya tak muncul sekarang. Diabetes, masalah jantung, buah pinggang rosak semua ni datang perlahan-lahan, senyap, tapi sekali kena susah nak patah balik.

Ramai fikir “takpe, aku dah tukar ke minuman Zero Sugar.” Bunyi macam sihat kan? Tapi ramai tak tahu kebanyakan minuman tu masih ada pemanis tiruan

Memang tak ada gula, tapi manisnya datang daripada bahan kimia. Kalau ambil hari-hari, tetap boleh bagi kesan pada badan.

Persoalannya, kalau kita dah tahu risiko gula dan pemanis tiruan ni, sanggup ke nak bayar harga kesihatan hanya kerana craving manis setiap hari?

Cabaran Gaya Hidup Malaysia: Malas Gerak, Banyak Duduk

Kita orang Malaysia ni memang suka gaya hidup santai. Lepas makan, baring. Kerja pulak banyak duduk depan laptop. Nak exercise? Kadang-kadang seminggu sekali pun tak jalan. Bila gaya hidup dah sedentary, ditambah pula dengan pengambilan gula berlebihan, risiko penyakit kronik jadi berganda.

Kita selalu salahkan “umur makin tua” bila cepat penat atau badan sakit-sakit. Padahal banyak datang daripada gaya hidup yang kita sendiri bentuk. Kalau ppl nak berubah, kena mula dengan benda kecil, macam pilihan minuman harian.

Beralih Ke Minuman Yang Lebih Sihat Tanpa Rasa Bersalah Dengan Spritzer Sparkling
spritzer sparkling

Kami faham awal-awal nak mula minum air ‘kosong’ ni memang susah, macam ada sesuatu yang kurang. Yelah otak kita dah terbiasa merasai keenakan air manis.

Tapi sebenarnya ada cara nak reset semua ni, korang boleh bermula dengan try air sparkling seperti Spritzer Sparkling. Bila minum tu ada rasa fizzy dan refreshing membuatkan korang lupa terus dengan segala minuman manis yang dikonsumsi setiap hari.

Walaupun ramai cakap yang Spritzer Sparkling ni macam air soda biasa tapi BERBEZA sebab ia mengandungi 0 gula, 0 pemanis tiruan, 0 kalori, 0 pengawet. Dibuat daripada air mineral semulajadi, mengandungi Silica semula jadi yang baik untuk tulang, kulit dan rambut.

Tak suka rasa plain Spritzer Sparkling? Korang bolehlah pilih yang ada perasa lemon, paling penting ia menggunakan natural fruit flavouring. Lepas ni kalau craving datang masa lepak atau tengah kerja, Spritzer Sparkling boleh jadi penyelamat.

Slowly, kita mampu bertukar gaya hidup daripada minum soda bergula kepada minuman sihat yang tetap fun.

Kalau Kita Boleh Ubah Makanan, Kenapa Tidak Minuman?

Ramai dah mula ubah gaya makan – kurangkan nasi, tukar ke oat, tambah sayur. Tapi peliknya bila bab minuman, kita masih sangkut dengan air manis. Padahal setiap teguk tu sama je kesannya macam kita suap gula masuk dalam badan.

Kalau nak hidup lebih sihat, kena berani mula ubah dari benda kecil. Dan minuman memang salah satu langkah paling mudah. Tukar satu botol soda bergula kepada satu botol Spritzer Sparkling 400ml, itu dah kira satu kemenangan kecil untuk badan kita.

Nak Sesuatu Yang Lagi Manis? Saksikan Anna Jobling & Drama Mini “Bukan Salahku”

Kita semua tahu nak ubah gaya hidup ni bukan senang. Kadang-kadang dah berazam nak cut sugar, tapi bila nampak kawan order air manis, hati terus goyah. Situasi macam ni memang real dan ramai boleh relate.

Sebab tu Spritzer pilih cara yang lebih dekat dengan kita bukan sekadar kongsi fakta, tapi bawa mesej melalui drama mini  rom-com “Bukan Salahku”.

Pelakon utamanya, Anna Jobling, memang ngam dengan tema ni, heroin yang sweet, charming dan relatable sama macam struggle harian kita nak pilih antara craving manis atau buat pilihan lebih sihat. Dalam drama ni, mesej kesihatan disampaikan dengan cara ringan, fun, dan addictive untuk ditonton.

Bila tengok drama ni, kita boleh rasa kalau dalam percintaan pun ada cara untuk kekal “manis” tanpa gula, kenapa tidak dengan minuman kita?

Pilihan Ada Di Tangan Kita, Jadi Lebih Sihat Dengan Spritzer Sparkling

Kita semua tahu gula tu manis, tapi kesan dia pahit. Kalau kita teruskan gaya hidup malas nak bergerak dan suka air manis, risiko kesihatan akan datang lebih cepat daripada yang kita sangka.

Dengan Spritzer Sparkling, kita masih boleh enjoy rasa berkarbonat yang menyegarkan tanpa perlu risau tentang gula atau pemanis tiruan. Simple, sihat, dan boleh jadi permulaan kepada gaya hidup baru yang lebih baik.

Soalannya, berani tak kita mula dengan sebotol perubahan?

Related Posts