Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Setelah mendengar kenyataan rasmi dari Suria FM, penyampai radio, Tyzo atau Tuah Zulqarnain, tampil menafikan dakwaan tidak berminat untuk menyambung kontrak.
Tindakan pihak Suria membuat kesimpulan sedemikian mengejut Tyzo, sedangkan kebiasaannya perkara itu akan ditanya pada minggu terakhir sebelum kontrak tamat tempoh.
Kesal dikatakan tak berminat sambung kontrak
“Mereka buat kesimpulan yang saya tidak berminat, hanya sebab saya tak ‘update’ pihak pengurusan. Sedangkan sebelum ini, seminggu sebelum kontrak tamat, barulah mereka akan tanya nak sambung kontrak atau tidak.
“Tetapi kali ini lain pula ceritanya? Sebelum ini, kontrak Sharifah Shahirah diperbaharui enam bulan sekali, kenapa bila giliran saya mereka terus buat kesimpulan yang saya tidak berminat?” katanya memetik laporan dari Berita Harian, Jumaat.
Mengaku minta naik gaji RM500 tapi…
Selain itu, Tyzo mengakui ada meminta kenaikan gaji sebanyak RM500. Namun pihak pengurusan tidak bersetuju dengan permintaannya itu.
Biarpun begitu, Tyzo tetap menandatangani kontrak pada September lalu, sekali gus menafikan dakwaan ‘besar kepala’ selepas menang anugerah Penyampai Radio Popular ABPBH 2023.
“Cakap terus terang, saya juga memerlukan kenaikan gaji. Jadi saya minta untuk ditambahkan gaji saya sebanyak RM500. Tetapi inilah balasan yang saya terima.
“Jadi selepas itu, dia kata tak apa kita sambung kontrak ini (6 bulan). Tapi nanti sebelum habis kontrak bulan Mac 2024, dua bulan sebelum itu kita akan berbincang semula tentang kontrak.
Nafi besar kepala selepas menang anugerah
“Kalau saya diva, atau ada kerja-kerja lain, sudah tentu saya takkan tandatangan kontrak itu. Tapi saya fikir sebab saya nak kerja lagi, pilih kontrak enam bulan.
“Bercakap tentang kontrak enam bulan, bukan saya saja pilih kontrak enam bulan. Kaka Rara tu, dua kali kontrak enam bulan.
“Saya minta kenaikan gaji RM500. Jadi bila tak ada mutual understanding, sebab itu jadi kontrak enam bulan saja. Takkanlah disebabkan RM500 tak nak sambung kontrak? Tadi ada pengumuman pengambilan tiga penyampai radio baru. Takkan kerana RM500, mereka ambil tiga penyampai radio baru?
Bagi Tyzo, apa yang berlaku itu seperti ada pihak yang cuba menutup periuk nasinya dalam industri itu. Sedangkan dia sudah sedaya upaya bersikap profesional ketika menjalankan tugas.
Sumber: Media Hiburan, Astro Gempak, Berita Harian