Mini Dhaka KL diserbu secara besar-besaran, 1,101 warga asing berjaya diberkas - The Reporter

Mini Dhaka KL diserbu secara besar-besaran, 1,101 warga asing berjaya diberkas

Sumber gambar: Instagram FOPDRM

Seramai 1,101 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu di ‘mini Dhaka’ di Jalan Silang, Kuala Lumpur.

Operasi bermula 11 pagi itu disertai oleh seramai 1,138 pegawai dan anggota dari Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) melibatkan Bridged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Unit Anjing Pengesan (K9).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, dalam operasi tersebut, pihaknya telah menyerbu sebanyak 60 premis di sekitar jalan terbabit.

Katanya, serbuan itu hasil risikan dan maklumat berkaitan kebanjiran warga asing serta aktiviti jenayah di lokasi terbabit.

“Antara yang ditahan mereka yang bekerja di premis diserbu selain warga asing berada berhampiran lokasi terbabit.

Pasukan keselamatan yang dilihat lengkap dengan ves polis dan bersenjata bersama peralatan khas dikatakan memasuki setiap premis membabitkan empat blok di Jalan Silang itu.

@waksuparjoedisini

Tahniah PDRM, operasi mengepung dan menyerbu di Jalan Silang Kuala Lumpur dijalankan oeh Pasukan Gerakan Am (PGA) BN 19, BN 4, BN 11, BN 6 serta dengan kerjasama JIM dan Kastam #pdrm #operasi #serbu #pati #kualalumpur

♬ Military Endurance Training – Florews

Difahamkan serbuan itu dilaksanakan bagi menangani kebanjiran warga asing yang dilihat mendominasi di Jalan Silang dan perniagaan yang menggajikan warga asing di tengah ibu kota itu.

Dalam operasi berkenaan dianggarkan sekitar 500 warga asing berjaya dikepung dan ditahan setakat pukul 1 tengah hari oleh pasukan PGA itu.

Kebanyakan warga asing yang ditahan terdiri daripada warga Bangladesh, Nepal dan Myanmar selepas mereka gagal meloloskan diri dalam kepungan secara mengejut itu.

Dalam pada itu, pemeriksaan di salah satu premis di lokasi mendapati warga asing menjalankan perniagaan agensi pelancongan turut menawarkan khidmat klinik persendirian selain pelbagai ubatan dipercayai dari Bangladesh tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

Kesemua warga asing yang ditahan itu telah dibawa ke Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur untuk semakan dokumentasi bagi tindakan lanjut.

Sumber: Malaysia Gazette, Utusan Online

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!