Mimi Ernida sebak, hampir 2 tahun tiada tawaran berlakon - The Reporter

Mimi Ernida sebak, hampir 2 tahun tiada tawaran berlakon

Mimi Ernida atau nama sebenar, Nor Shamimi Ernida Mansor, mengakui sudah hampir dua tahun tidak menerima sebarang tawaran untuk berlakon.

Pelakon berusia 34 tahun ini adakalanya merasakan dirinya seperti semakin dipinggirkan dari industri, terutamanya sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Keadaan itu membuatkan Mimi kecewa, diselubungi perasaan negatif dan akhirnya berhenti seketika dan memberi fokus pada perniagaan serta menjadi ejen produk kurus milik orang lain untuk menjana pendapatan.

Dari situ, Mimi berazam dia akan terus berniaga walaupun sibuk dengan bidang lakonan, kerana perniagaannya itu sebagai jaminan masa depan.

Ditanya jika ada pihak yang cuba menutup periuk nasinya sehingga kurangnya tawaran berlakon, Mimi enggan menuduh sesiapa. Baginya, setiap rezeki tertutup, membuka pintu rezeki lain yang Allah akan berikan.

“Kalau betul ada pihak yang dengki atau buat fitnah memburukkan nama saya hingga tiada ‘job’ silalah jawab nanti di sana,” katanya.

Sumber: Harian Metro, HLive

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!