'Mentaliti kelas ketiga', wanita kecewa pelanggan tinggalkan sampah di meja restoran makanan segera | The Reporter

‘Mentaliti kelas ketiga’, wanita kecewa pelanggan tinggalkan sampah di meja restoran makanan segera

Sikap pelanggan yang meninggalkan sisa makanan di meja disifatkan sebagai mentaliti kelas ketiga
Pelanggan yang tidak membuang sampah dan sisa makanan ke dalam tong dianggap sebagai mentaliti kelas ketiga. Gambar TikTok queenjerine

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Apabila berkunjung ke restoran makanan segera, amalan pelanggan mengemas meja selepas makan bukanlah satu perkara baharu. Malah, terdapat restoran yang turut meletakkan notis peringatan agar pelanggan membuang sampah atau sisa makanan ke dalam tong sampah yang telah disediakan.

Namun begitu, masih ada pelanggan yang memilih untuk meninggalkan sisa makanan dan sampah atas meja tanpa rasa bersalah, seolah-olah perkara itu bukan tanggungjawab mereka.

Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi pengalamannya di media sosial, meluahkan rasa kesal terhadap sikap sesetengah pelanggan yang disifatkan sebagai memiliki mentaliti kelas ketiga.

“Masa aku pergi ke KFC, aku pula yang kena jadi cleaner. Third world mentality betul orang kita.

Kalau nak negara maju, tolong tukar mentaliti dulu. Benda basic macam bersihkan meja lepas makan pun nak kena ajar,” katanya.

Menerusi video yang dikongsikan, wanita berkenaan turut menunjukkan cara membuang sisa makanan ke dalam tong sampah yang telah disediakan.

@queenjerine

Kalau nak negara maju, tolong tukar mentality dulu. Benda basic clean up after makan tu pun nak ajar? #kfc #kfcmalaysia

♬ What You Won’t Do for Love – Bobby Caldwell

Kenyataan tersebut menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang bersetuju dan menyifatkan tindakan membersihkan semula meja sebagai satu bentuk empati dan kesedaran sivik. Namun, tidak kurang juga yang mempertikaikannya, dengan alasan bahawa tugas membersihkan meja adalah tanggungjawab pekerja restoran.

Walau bagaimanapun, tindakan menjaga kebersihan selepas makan merupakan amalan yang telah lama dipraktikkan di negara maju. Di Jepun, contohnya, bukan sahaja pelanggan membuang sisa makanan sendiri, malah mereka mengasingkan sampah mengikut kategori.

Related Posts