Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) didakwa telah dibuang oleh keluarga sebelum diselamatkan oleh pihak berkuasa.
Wanita yang dikenali sebagai Syazwani itu kemudian dihantar ke sebuah rumah kebajikan di jalan Chow Kit.
Menurut Syazwani, dia telah ditinggalkan oleh keluarganya di kawasan itu. Apa yang menyentuh emosi adalah, apabila dia bertanyakan kepada seorang wanita yang dipercayai pemilik rumah berkenaan, mengenai tempat untuk bersolat.
Difahamkan Syazwani berasal dari Perak dan masih mempunyai ibu bapa yang menetap di Perak dan Kuala Lumpur.
Namun, apabila pemilik rumah berkenaan menyatakan mahu ke rumah keluarganya, Syazwani seolah tidak memberikan kebenaran berkunjung ke rumahnya di Perak tetapi, tersenyum bila menyebut rumah bapanya di Ampang, Kuala Lumpur.
Menerusi ruangan komen, ada yang mengatakan mereka mengenali wanita dan keluarga ini yang tinggal di Pantai Remis, Perak.
Sumber: budakjahathenrygurney








