Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
‘Pasar Ikhwan di Putrajaya….’ antara lirik lagu tular yang membabitkan GISB Holdings Sdn Bhd.
Lagu berkenaan kemudiannya telah menjadi parodi sehinggakan ada yang mendakwa kanak-kanak turut terjebak mendengar lagu berkenaan.
Menerusi satu laporan, Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) giat memantau kandungan media sosial membabitkan syarikat berkenaan termasuk video lagu yang ditularkan dan dijadikan parodi oleh segelintir pengguna.
Susulan itu juga, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi yang bertanggungjawab menyiasat kumpulan berkenaan sekiranya terdapat permintaan.
“Antara tindakan yang boleh diambil adalah menurunkan hantaran berkenaan (parodi).
“Pada masa sama kita meminta orang ramai mendengar nasihat pihak berkuasa seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), polis dan lain-lain.
“Kalau kami terima laporan berhubung perkara itu, kami akan ambil tindakan,” katanya.
Sumber: Bernama