Mayat bayi ditemui tertanam dalam simen parkir kereta | The Reporter

Mayat bayi ditemui tertanam dalam simen parkir kereta

Sumber Gambar: RTM

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang lelaki menemui mayat bayi yang ditanam di bahagian parkir bersimen di sebuah rumah di Taman Sri Rokam, Ipoh, Perak.

Ketika kejadian, lelaki berkenaan sedang membuat kerja baik pulih rumah yang mahu disewanya.

Semasa beliau mahu mengorek tanah untuk meletakkan bancuhan simen, dia terjumpa cebisan kain sarung dan kemudiannya cuba menarik kain berkenaan.

Ketika itulah dia menemui mayat bayi berkenaan.

Susulan penemuan mayat bayi itu, lelaki berkenaan membuat laporan polis di balai polis berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad mengesahkan, mayat ditemukan dalam bungkusan kain oleh penyewa semasa kerja baik pulih rumah tersebut.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai penemuan mayat itu belum dimaklumkan.

Sumber: Berita Harian, RTM

Related Posts