Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Almarhumah Adik Zara Qairina dan mengarahkan agar semua masjid di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat pada Khamis, 14 Ogos 2025 selepas solat Maghrib.
Menurut beliau, arahan tersebut adalah tanda solidariti, doa dan ingatan tulus sebagai sebuah keluarga besar umat Islam terhadap almarhumah, di samping memohon agar Allah SWT mencucuri rahmat, mengampuni segala dosa serta menempatkan beliau dalam kalangan orang beriman.
“Arahan ini tanda solidariti, doa dan ingatan tulus kita sebagai sebuah keluarga besar umat Islam,” jelasnya.
Baca juga:
- ‘Aku menang RM500K hasil nombor ekor, kalau sedekah pada anak yatim dapat pahala tak?’
- Bekas suami culas bayar nafkah berdepan sitaan kewangan
- ‘Rukun nikah cukup, maka nikah sah’ – Dr. Rozaimi Ramle
Dalam pada itu, beliau menyeru kepada umat Islam untuk sama-sama hadir menyertai majlis bacaan yasin dan juga solat hajat.
“Saya menyeru seluruh umat Islam khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan untuk sama-sama hadir dan menyertai majlis bacaan yasin dan solat hajat di masjid atau surau masing-masing.
“Semoga doa yang dipanjatkan secara berjemaah ini memberi ketenangan kepada ahli keluarga dan menjadi bekalan pahala buat almarhumah,” ujarnya.








