Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Tular di media sosial ketika ini dakwaan mengenai anak kedua kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya.
Menurut laporan, Marissa berkahwin dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
Perkahwinan itu didakwa berlangsung ketika isteri pertama Aslam, Misya menunaikan umrah dan tanpa diketahui oleh Misya dan keluarga Marissa sendiri.
Selepas kontroversi membabitkan Marissa dan Aslam reda seketika, sumber berkata Aslam dan Misya kembali membuat keputusan untuk rujuk semula semasa dalam edah.
Terdahulu, satu pendedahan tular yang dibuat oleh Misya mengenai kecurangan suaminya dengan anak perempuan Abby dan Norman.
Menerusi hantaran itu, Miysa mendedahkan Marissa yang juga pempengaruh itu didakwa menjadi penyebab utama dia diceraikan suaminya.
Bagaimanapun, Marissa turut tampil menerusi satu hantaran memohon maaf dan mengaku kekhilafan yang dilakukannya selain menafikan sebelumnya dia meraikan penceraian pasangan suami isteri itu.
Sumber: Harian Metro