'Malu 7 keturunan' - Penunggang motosikal terjatuh ketika melakukan aksi wheelie, langgar Myvi | The Reporter

‘Malu 7 keturunan’ – Penunggang motosikal terjatuh ketika melakukan aksi wheelie, langgar Myvi

penunggang motosikal aksi wheelie

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Padah melakukan aksi ‘wheelie’, seorang penunggang motosikal Honda EX5 bersama pembonceng wanita terjatuh dan melanggar sebuah Perodua Myvi di hadapan stesen minyak Teluk Ketapang, Kuala Nerus, kelmarin.

Kejadian yang berlaku sekitar jam 6.37 petang itu menyebabkan kedua-dua mereka melarikan diri selepas kemalangan tersebut.

Rakaman insiden itu telah tular di media sosial, mendapat perhatian ramai.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemandu kereta Myvi, seorang wanita berusia 23 tahun, pada jam 9.10 malam.

Menurut beliau, wanita itu sedang memandu dari arah Dataran Austin menuju Teluk Ketapang ketika motosikal terbabit yang datang dari arah Jalan Kem Askar cuba melakukan aksi berbahaya tersebut.

Penunggang motosikal hilang kawalan ketika melakukan ‘wheelie’, menyebabkan motosikal terjatuh dan melanggar kereta pemandu itu.

Selepas kejadian, kedua-dua penunggang dan pembonceng motosikal segera melarikan diri. Polis kini sedang giat mengesan mereka untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Harian Metro, Malaysia Viral

Related Posts