'Makcik tu ludah kereta aku' - Shuk kongsi pengalaman diboikot gara-gara kes curang dulu - The Reporter

‘Makcik tu ludah kereta aku’ – Shuk kongsi pengalaman diboikot gara-gara kes curang dulu

Sumber gambar : OKLETSGO

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pelakon dan pelawak, Shuk Sahar, dalam satu siri Podcast bersama OKLETSGO baru-baru ini, mendedahkan dia pernah diludah oleh seorang wanita hanya kerana kes curangnya.

Menurut Shuk, insiden itu berlaku ketika dia berkunjung ke Pulau Pinang untuk makan Char Kway Tiaw.

“Aku pergi makan Char Kway Tiaw kat Penang. So masa aku pergi, ada makcik tu baru sampai. Of coz la haters, kes (curang) tengah meletup pula masa tu.

“Makcik itu datang dengan family dia. So dia nampak aku, dia tengok aku sambil bercakap dengan anak dia. Aku tak tahu dia bisik apa, buat mulut, tunjuk muka, reaksi muka yang benci. Mulut muncung panjang gila, kalau aku terbangun tu, tercium.

https://www.tiktok.com/@okletsgo.sg/video/7323099318850751762

“Aku ingat sampai takat tu je, rupanya tidak. Aku parking kereta dekat dengan tempat meja aku makan. Masa makcik itu nak gerak, mungkin dia tahu itu kereta aku.

“Makcik itu ludah kereta aku. Aku nak bangun masa tu, nak marah.. kes aku tengah meletup. Orang-orang kedai tu pun pandang aku tak okay. Aku masa tu tak boleh buat apa.

“Itu tahap cancelation Malaysian,” katanya.

Walaupun ada yang terhibur dengan kisahnya itu, ada yang berpendapat perbuatan makcik itu adalah tidak wajar.

“Apa salah kereta dia? Problem diorang laki bini, tapi satu Malaysia kecoh. Makcik terpaling suci tanpa dosa,” kata netizen.

Sumber: TikTok

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!