Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Dalam masyarakat di Malaysia, panggilan “makcik” atau ‘kakak’ biasanya digunakan sebagai panggilan hormat kepada wanita yang lebih berumur. Panggilan berkenaan dilihat lebih mesra lebih-lebih lagi apabila melibatkan aktiviti bukan formal.
Namun, ketika ini dilihat sesetengah wanita tidak selesa dipanggil begitu terutamanya di tempat awam.
Begitu juga pengalaman yang dilalui oleh dua lelaki penjual popia apabila ditegur oleh seorang pelanggan wanita kerana menggunakan panggilan “makcik”.
Menerusi video tular itu, wanita berkenaan meminta agar panggilan seperti “puan” atau “tuan” digunakan apabila berurusan dengan pelanggan, walaupun dalam suasana santai seperti di gerai makanan.
Mendengar teguran itu, penjual popiah mengangguk faham dan tersenyum sambil menyiapkan pesanan pelanggan.
Seorang individu turut berkongsi pandangan bahawa dalam perkhidmatan pelanggan, sama ada di sektor kerajaan atau syarikat korporat, panggilan seperti “makcik”, “pakcik”, “abang”, atau “kakak” sebenarnya tidak digalakkan sama sekali.
Bagaimanapun, perkara berkenaan tidak dipersetujui oleh netizen yang lain dengan mengatakan teguran itu terlalu sensitif memandangkan isu yang berlaku itu di luar sektor pekerjaan yang disebutkan.








