Makcik Kemboja & anak lelakinya dijangka akan didakwa di mahkamah esok - The Reporter

Makcik Kemboja & anak lelakinya dijangka akan didakwa di mahkamah esok

Seorang usahawan warga Kemboja dan anak lelakinya berusia 22 tahun dijangka akan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, esok.

Dua beranak terbabit didakwa telah mencetuskan kemarahan orang ramai di media sosial pada bulan lalu dengan mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu malas.

Ketua Polis Melaka, Datuk Wira Zainol Samah berkata, kertas siasatan kes berkenaan sudah diterima daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri. Dan sedang menunggu arahan lanjut dari Jabatan Peguam Negara adalah untuk mendakwa kedua-dua individu tersebut.

Usahawan berusia 47 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan, manakala anak lelakinya akan didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588].

Kes berkenaan akan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Ahmad Sazali Omar, di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh.

Pada 27 November lalu, usahawan itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka. Menurutnya, kenyataan yang dibuat itu bukanlah bertujuan untuk menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak. Sebaliknya untuk memberi motivasi kepada para pengikutnya.

Malangnya kenyataan tersebut mengundang kemarahan orang ramai kerana ia jelas menyentuh isu 3R.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!