'Makanan sejuk & muak, paling stress takde tempat duduk' - Lelaki kongsi pengalaman tak best ke Pantai Klebang - The Reporter

‘Makanan sejuk & muak, paling stress takde tempat duduk’ – Lelaki kongsi pengalaman tak best ke Pantai Klebang

Foto hiasan | Traveloka

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pantai Klebang, pantai yang terkenal di negeri Melaka, Malaysia mengadap Selat Melaka. Pelbagai aktiviti menarik di Pantai Klebang termasuk bermain kuda, terbang layang-layang dan tentu saja menikmati pasir putihnya yang indah.

Pantai ini juga menjadi latar belakang yang sempurna untuk sesi bergambar yang menyeronokkan.

Namun, beberapa hari lalu seorang individu berkongsi pengalamannya yang kurang memuaskan tentang Pantai Klebang di Facebook.

Menurutnya, pengalaman berkunjung ke sana tidak menarik dan dia turut mengkritik beberapa aspek, termasuk makanan dan kemudahan yang disediakan.

Harga makanan tinggi, kualiti tak memuaskan

Mohd Khalis Raouf mengeluhkan harga makanan yang tinggi dan kualiti yang tidak memuaskan. Dia juga menyoroti ketiadaan tempat duduk yang memadai untuk pengunjung.

“Pengalaman paling tak best kali ni buat keputusan ke Pantai Klebang. First, makanan. Aku beli Kentang Spring RM7, sejuk dan muak. Keropok lekor RM4, sejuk dan keropok lama RM4. Air anggur, cawan besar RM5.

“Makanan jalanan kalau sejuk, memang hampeh. Macam mana tempat sesak dan ramai orang makanan boleh sejuk, semuanya yang bergoreng. Cuba pergi Dataran Kuala Rompin, semua makanan panas-panas. Susah nak jumpa makanan sejuk time-time puncak ni,” katanya.

Tempat duduk tidak disediakan

Baginya, tempat perlancongan sepatutnya menyediakan kemudahan asas, termasuk tempat duduk. Dia merasa geram kerana mak mentuanya yang ikut sekali tidak dapat duduk kerana tiada kerusi yang disediakan.

“Paling aku stress, tak ada langsung tempat pengunjung nak duduk disediakan PBT. Kali terakhir aku jalan kat sini, ada juga meja batu. Ini tak ada belaka. Yang ada, kerusi healing RM10, RM20. Tikar pun RM10.

“Bapak ahhhh! Bayangkan Pantai Hiburan Rompin, MDR cabut semua gazebo, semua kerusi. Nak duduk, sila cari orang yang caj mahal-mahal tu.

“Mana ada tempat perlancongan tiada kemudahan asas (tempat duduk). Aku jadi geram, mak mentua yang ikut sekali, dia tak larat jalan lama-lama. Time berpisah beli makanan, dia tak larat. Tak ada kerusi nak duduk.

“Dah. Aku banned Pantai Klebang lepas ni,” katanya.

Berniagalah dengan jujur

Walaupun Mohd Khalis memahami bahawa harga makanan semestinya mahal semasa bercuti, dia berharap agar kualiti makanan setanding dengan harganya. Baginya, keropok yang dijual sepatutnya rasa seperti keropok yang ranggup dan manis, bukan sebaliknya.

“Bila bercuti, pelancong memang tahu harga akan mahal. Lagi-lagi di kawasan tumpuan pelancong. Orang melancong pun tahu, dia pun bawa banyak duit lebih. Tetapi biarlah dapat seperti yang sepatutnya.

“Jual keropok goreng mahal, air mahal, jual. Tapi biarlah kalau Rabena rasa Rabena, jangan (rasa) anggur. Keropok rasa manisnya ikan dan ranggup. Bukan gatal,” ujarnya.

Total
0
Shares
Total
0
Share