'Macam dia seorang je ada anak' - Ada ibu bapa pentingkan diri, punca jalan depan sekolah sesak teruk | The Reporter

‘Macam dia seorang je ada anak’ – Ada ibu bapa pentingkan diri, punca jalan depan sekolah sesak teruk

Gambar hiasan (A.I)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Isu kesesakan lalu lintas di pintu utama sekolah atau ‘drop zone’ pada waktu pagi menjadi topik hangat di media sosial baru-baru ini. Kesesakan ini berlaku kerana adanya ibu bapa yang mengambil masa agak lama untuk menurunkan anak-anak mereka.

Seorang individu meluahkan rasa tidak puas hatinya di Facebook.

“Setiap pagi saya perhati masa hantar anak sekolah di sekolah rendah. Bukan sekali, tetapi banyak kali.

“Ada parent jenis dia akan hentikan kereta, turun kereta dan bukakan pintu untuk anak. Kemudian pakaikan beg sekolah kat anak, ambil beg bekal bagi kat anak. Buka wallet bagi duit sekolah kat anak, bagi sedikit amanat dan motivasi kat anak dia.

“Akhirnya dia salam, peluk dan cium pipi anak. Selesai semua salam jamaie salam wada’ doa wehdah semua, baru dia masuk balik kereta dan berlalu pergi,” katanya.

Luahan individu yang tular di media sosial

Luahan ini mendapat perhatian netizen yang berpendapat, masalah ini berpunca daripada sikap sesetengah ibu bapa yang mementingkan diri.

“Memang ramai ibu bapa yang pentingkan diri macam ni. Saya dah penat nak hadap. Sekarang saya naik motosikal atau park kereta jauh sikit dan jalan,” kata seorang netizen.

“Bab bagi motivasi, doa-doa, peluk-peluk tu semua tak boleh buat siap-siap dekat rumah ke? Nanti sampai depan pagar, anak terus turun sajalah. Banyak eh masa korang nak bersalaman depan pagar tu,” tambah netizen lain.

Related Posts