LHDN jangka pembayar cukai bertambah | The Reporter

LHDN jangka pembayar cukai bertambah

Sumber Gambar : The Star

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pembayar cukai dalam kalangan penjawat awam dijangka meningkat susulan pengumuman pelarasan gaji oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Jumaat lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil dalam Negeri (LHDN), Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, potongan cukai itu tertakluk kepada pendapatan yang boleh dicukai.

“Jika gaji yang diterima melebihi nilai ambang yang ditetapkan, sudah tentu ada kesan cukai daripada pendapatan atau kenaikan yang diterima.

“Tentunya ia juga bergantung kepada pelepasan yang dituntut dan sebagainya,” katanya.

Jumaat lepas, Anwar mengumumkan pelarasan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus kepada kumpulan pelaksana, manakala tujuh peratus kepada pengurusan tertinggi di bawah Sistem Saraan Penjawat Awam.

Pelarasan itu akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu yang pertama bermula 1 Disember ini manakala fasa kedua bermula 1 Januari 2026.

Pengumuman tersebut juga disambut baik oleh penjawat awam yang bersyukur dengan kenaikan tersebut.

Sumber: Bernama

Related Posts