Tindakan pelakon Azhar Sulaiman mengeluarkan kenyataan yang mengkritik ketua kumpulan Hamas menerusi akaun Instagramnya malam tadi, mengundang pelbagai reaksi netizen.
Beberapa rakan selebriti juga dilihat tidak menyenangi kenyataannya itu dan meminta Azhar memadamkan hantaran tersebut.
Dalam kenyataan Azhar mempertikaikan kebijaksanaan ketua kumpulan Hamas yang didakwa tidak mempunyai strategi untuk berperang.
“Ketua Hamas tidak mempunyai kebijaksanaan seperti panglima perang Islam dahulu. Lepas berjaya membuat serangan mengejut terhadap Israel, then what?
“Buat apa pergi berperang bila tiada strategy to continue fighting lepas first wave striked.
“Kejarlah kematian syahid dengan kebijaksanaan dan bukan dengan kedangkalan atau bersikap selfish nak mati syahid tapi rakyat Palestin jadi mangsa,” tulisnya.

Kesal dengan kenyataan itu, penyanyi rap, Caprice, meminta Azhar memadamkan hantaran itu. Pelakon, Sharnaaz Ahmad juga mempersoalkan tindakan Azhar yang sanggup mengeluarkan kenyataan sedemikian.
“Apa maksud abang facts bout Israel ta akan kalah sehingga Imam Mahdi sampai dalam hayat ini? How do you know? Have faith sebab kita tak tahu pengakhiran kita.
“I will stand with Hamas and Al Qassam and Islam. They die for Islam. Kita belum tentu lagi mati semulia depa.


“Hamas bijak atau tidak, depa yang angkat senjata dan pertahankan tanahair depa, pertahankan Islam. Kita? Belum tentu mampu bila musuh 1,000 kali ganda lebih kuat dari kita,” katanya.
Walaubagaimanapun, Azhar tetap mempertahankan pendiriannya dengan menegaskan bahawa strategi serangan 5,000 roket itu dianggap tidak bijak.

Sumber: Instagram Azhar Sulaiman