Leonardo da Pinchy jadi tumpuan, gemar curi seluar dalam jiran | The Reporter

Leonardo da Pinchy jadi tumpuan, gemar curi seluar dalam jiran

Kelakuan Leonardo da Pinchy yang pelik sering membawa balik seluar dalam, baju, stokin milik jiran.
Kelakuan pelik Leo yang sering membawa balik seluar dalam, baju, stokin jiran-jiran. Gambar tular.

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jika di Malaysia, tular seekor kucing bernama Oyen gemar membawa balik selipar-selipar yang dimiliki oleh jiran-jiran tuannya. Di New Zealand pula, kucing yang digelar Leonardo da Pinchy pula sebaliknya. Dia menjadi perhatian ramai apabila gemar membawa balik pakaian dalam jiran-jiran.

Kelakuannya semakin menjadi-jadi apabila Leo mencuri seluar dalam sutera lelaki dan stokin kerja. Leo juga pernah membawa balik sehelai baju sweater cashmere baru bernilai sekitar RM850 dan juga seekor ular mainan sepanjang 5 kaki.

Tabiat Leo mula dikesan sejak setahun lalu, selepas dia dibenarkan keluar rumah buat pertama kali. Pemiliknya, Helen North, kata dia kini terpaksa berhubung menggunakan kumpulan WhatsApp kejiranan dan laman Facebook untuk pulangkan semula pakaian-pakaian yang dicuri oleh Leo kepada tuan asalnya.

Yang menariknya, jiran-jiran bukan marah pun. Malah ramai yang rasa bangga!

“Semua jiran kami rasa dia hebat. Ada juga yang kecewa sebab Leo tak curi apa-apa dari rumah mereka,” katanya.

Baca juga:

Helen pernah cuba pelbagai cara nak hentikan tabiat pelik Leo iaitu cuba mengurung dia dalam rumah sehinggakan letak beberapa baju depan Leo, tetapi tetap tidak berhasil.

“Dia cuma nak barang-barang yang dia tak patut ambil,” jelasnya.

Ada yang cadangkan Helen ambil seekor lagi kucing untuk dijadikan teman Leo, kononnya boleh alihkan perhatian si pencuri ni. Tapi Helen menolak cadangan tu.

“Nanti dia ajar pula kucing baru tu buat benda sama.

“Saya harap dia akan berhenti sebab saya tak larat nak buat kerja macam ni sampai 15 tahun. Penat, tau,” katanya.

Sumber: People

Related Posts