Lelaki warga asing lapah kucing, ditahan polis | The Reporter

Lelaki warga asing lapah kucing, ditahan polis

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Dua hari lalu, Persatuan Haiwan Malaysia menawarkan ganjaran sebanyak RM3,000 kepada mana-mana individu yang tampil memberikan maklumat mengenai seorang lelaki warga asing melapah bangkai kucing.

Video perbuatan lelaki dipercayai warganegara Myanmar itu tular di media sosial dan mengundang kemarahan netizen terutamanya pencinta haiwan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya berkata, pihaknya menerima laporan mengenai video tular berdurasi 47 saat itu menunjukkan suspek melapah haiwan tersebut.

Bertindak di atas laporan itu, polis telah menahan suspek berusia 33 tahun di Kampung Batu Belah, Klang, semalam.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenama Oppo A5 milik suspek untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo! Online

Related Posts